Tahap kualiti dan kebersihan udara di dalam sesebuah ruang atau kediaman yang anda didiami banyak menentukan tahap kesihatan anda sekeluarga.  Ini fakta yang tidak dapat dinafikan. Bagaimana untuk menentukan anda sekeluarga memperolehi tahap kualiti udara yang sepatutnya? Satu daripadanya ialah menerusi penggunaan penapis udara yang berkualiti dan berkesan. Penapis udara seperti ini sepatutnya bukan sahaja mampu menapis udara semaksimum mungkin. Ia juga sepatutnya mampu mengeluarkan udara bersih serta selamat. Lebih daripada itu, penapis udara berkenan sebaiknya dapat menyukat tahap kualiti udara pada sesebuah ruang dan pada sebarang masa. Ini ada pada Penapis Udara Cuckoo. Mari kita lihat perincian. Teruskan pembacaan.

Penapis Udara Cuckoo: Siapa patut guna?

Penapis Udara Cuckoo ini sebenarnya untuk siapa? Ia direka untuk semua orang, terutama mereka yang sangat mementingkan kebersihan udara di dalam rumah, sekali gus mengutamakan kesihatan seisi keluarga. Ini lebih-lebih lagi jika anda mempunyai sekurang-kurangnya satu situasi di bawah:  
  1. Anda tinggal dan terdedah di lokasi udara tercemar seperti kawasan industri, tepi jalanraya, pusat pembakaran sampah dan sebagainya.
2. Anda atau keluarga menghidapi masalah kesihatan berkaitan pernafasan dan asma. 3. Anda atau keluarga memelihara binatang di dalam rumah atau di sekitar kediaman.

Penapis Udara Cuckoo: Mengapa perlu guna?

Mengapa anda perlu guna Penapis Udara Cuckoo? Tidak lain tidak bukan kerana ia sangat unik dan istimewa. Ciri unik dan istimewa ini tidak ada atau tidak setanding dengan penapis udara jenama lain. Apa yang unik dan istimewa pada penapis Udara Cuckoo?   Mari kita lihat lagi 

Sistem penapisan

Antaranya, ia dilengkapi sistem tujuh (7) tahap penapisan (7-stage filteration system).  Penapis udara ini juga dilengkapi teknologi canggih dikenali Ultra PM2.5 ini. Berdasarkan ujian yang pernah dibuat Universiti Putra Malaysia (UPM), keberkesanannya mampu menghilangkan habuk dalam udara hingga 99.77 peratus. Teknologi ini mampu menapis zarah bersaiz 2.5 mikrometer atau lebih kecil. Besar mana saiz ini? Bayangkan sehelai rambut dibelah 30. Itulah tahap kehalusan zarah habuk yang mampu ditapis oleh penapis udara Cuckoo.

Perangkap partikel zarah paling halus

Lebih daripada itu, Penapis Udara Cuckoo ini turut dilengkapi “plasma Ionizer” yang menghasilkan zarah oksigen dan hidrogen yang mampu memerangkap kotoran berupa bakteria, toksik dan virus. Ia sekal gus mampu menyerap dan memusnahkan semua partikel berbahaya di dalam udara untuk menghasilkan udara bersih serta selamat di dalam sesebuah ruang atau kediaman.

Indikator kualiti udara

Lebih unik ialah Penapis Udara Cuckoo mempunyai indikator khas menerusi “sensor dwi-pintar” yang memaparkan warna bagi menunjukkan tahap kualiti udara di sesuatu ruang berkenaan. Dan, apa yang lebih menarik lagi ialah semua keunikan dan keistimewaan yang ada Penapis Udara Cuckoo ini dapat anda nikmati secara lebih mudah. Dapatkan info lanjut Klik sini.
error: Content is protected !!